assalamualaikum

Tuesday, July 20, 2010

Ada apa dengan bayang-bayang ?



Musafir bersama sahabat-sahabat, teman-teman seperjuangan banyak mengajar kita erti ukhuwah..banyak membuat kita bermuhasabah diri, banyak menyedarkan kita tentang tentang penyakit حب الدنيا yang kadang-kadang telah merebak dalam diri kita tanpa disedari..mungkin haluan, pekerjaan yang berbeza, medan yang pelbagai,membuatkan kita lupa untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain...

Terkenang suatu ketika bermusafir ke Kelantan bersama Kak Wahibah (senior UM)...sambil bersembang, merenung pemandangan di luar..Beliau bertanya pada kami, " Cuba tengok bayang-bayang..Apa yang kita boleh fikirkan apabila lihat pada bayang-bayang..? "

Em, ada apa pada bayang-bayang ? Kami termangu cuba berfikir untuk memberi jawapan terbaik...Seketika terus buntu tanpa jawapan yang memuaskan hati..

Memecahkan kebingungan kami Kak Wahibah berkata :"Bukankah bayang-bayang merupakan makhluk ALLAH yang amat taat kepada ALLAH..sentiasa bersujud kepadaNYA.."

Subhanallah...benar..bayang-bayang sentiasa bersujud kepadaNYA..

Firman ALLAH SWT :"Dan semua sujud kepada ALLAH baik di langit atau di bumi, baik dengan kemahuan sendiri mahupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayang mereka, pada waktu pagi dan petang hari."
(Surah ar Ra'd :Ayat 15)


Wallahu'alam. :)

No comments: