assalamualaikum

Wednesday, May 19, 2010

Bersemangatlah !


Teruskan perjuangan, mantapkan ISTIQAMAH..KEMENANGAN untuk ISLAM, kemuliaan untuk PARA PEJUANGNYA !

Ukhuwah Islamiyah


Bersama sahabat-sahabat tersayang..di rumah 'aziah.


Dari segi bahasa, perkataan ukhuwah merupakan bentuk mashdar dari kata ‘Akha’ yang bererti bersaudara. Sedangkan ukhuwah bererti persaudaraan. Manakala dari sudut istilah, para ulama memberi definisi yang pelbagai. Diantaranya adalah sebagaimana yang dikemukakan oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan : (1997 : 5)

الأخوة هي قوة إيمانية تورث الشعور العميق بالعاطفة، والمحبة، والإحترام، والثقة المتبادلة..

مع كل من يربطه وإياه أواصر العقيدة الإسلامية ووشائح الإيمان والتقوى..

Ukhuwah merupakan kekuatan iman yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, cinta, penghormatan dan rasa saling thiqah (saling percaya), terhadap seluruh insan yang memiliki ikatan aqidah Islamiyah yang sama dan juga yang memiliki cahaya keimanan dan ketaqwaan..

Jadi, ukhuwah merupakan sesuatu yang terlahir dari keimanan yang mendalam, dan juga merupakan buah dari ketaqwaan kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, ulama mengatakan, bahawa tidak ada iman tanpa ukhuwah, sebagaimana tidak ada ukhuwah tanpa adanya iman. Ini ditegaskan dalam firman Allah SWT (QS. 49 : 10)

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ*

“Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”

Adapun mengenai ukhuwah sebagai buah dari ketaqwaan, sekaligus menafikan tentang persahabatan tanpa adanya ketaqwaan (QS. 43 : 67) :

الأَخِلاَّءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلاَّ الْمُتَّقِينَ*

“Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.”

Melalui ayat ini kita dapat membuat kesimpulan, bahawa apabila seorang yang beriman tidak memiliki rasa ukhuwah terhadap sesama muslim lainnya, menunjukkan bahawa imannya belum sempurna. Dalam hadits, Rasulullah SAW bersabda :

عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

(رواه البخاري)

Dari Qatadah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Tidak beriman salah seorang diantara kalian, hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.’ (HR. Bukhari)



Kerinduan pada sahabatku, Al Fatihah.

Ayuh koreksi diri kita, sempurnakah iman tanpa cinta dan kasih pada sahabat ? ...Sahabat, kenang daku dalam doamu..

(Dipetik dari Ukhuwah Islamiyah : Abdullah Nasih Ulwan)


Thursday, November 19, 2009

Bersediakah Kita ?


Bersama adik-adik selepas tahlil di kubur tempat jasad arwah Zalikah disemadikan.

"usahlah kita menangis kerana manusia...menangislah kerana kurangnya amalan kebaikan kita, kerana banyaknya dosa kita, menangislah kerana kelemahan iman dan kurangnya amal ibadah kita...menangislah...Allah Maha mendengar..Air matamu akan menjadi penyejuk jiwa dan tatkala kau dicampak ke neraka lantaran dosa, air mata itulah membantu memadamkan api yang panas membara, insyaAllah..."

Jumaat 13 November 2009 / 25 Zulkaedah 1430 H


Sahabat baikku Nurul Zalikah Mohd Zan kembali ke rahmatullah lebih kurang 2.15pm selepas Jumaat...Selamat dikebumikan selepas Magrib..Arwah merupakan sahabat yang sama aktif dalam PMIUM terutama dalam gerakan mahasiswi UM dan politik kampus (siyasah)...
alhamdulillah..beliau berjaya dengan husnul khatimah..kita bagaimana? Adakah sudah bersedia?.. "


Benarlah peringatan terbaik buat kita adalah dengan mengingati mati. Cuba buka dalam buku 'MANUSIA DAN ISLAM' - Jilid 3 (Ust Haron Din), BAB X : Manusia Ke Mana Akhirnya. Antaranya dinyatakan :

Kenapa roh itu keluar ?
Kerana ia dicabut oleh Izrail, malaikat yang bertugas mencabut nyawa makhluk.

Kenapa dicabutnya ?
Kerana ia diperintahkan ALLAH S.W.T


"Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."
(An Nisa' AYAT 78)


"Allah (yang menguasai segala-galanya). Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya - jiwa orang-orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya, kemudian Dia menahan jiwa orang yang ditetapkanNYA matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain ( ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan"

(Az Zumar AYAT 42)


Kewujudan manusia mengalami 3 masa;


1. ALAM DUNIA - ketika ruh dan badan terjalin membentuk kesatuan, mengalami kehidupan jasmaniah dan ruhaniah, jasad sebagai alat roh dalam kehidupan di alam material.

2. Melalui pintu mati manusia memasuki alam barzakh, masa ia mengambil kehidupan ruhaniah sahaja, kerana jasadnya lebur menjadi tanah.

3. Melalui kiamat, manusia dibangkitkan dengan diberikan oleh ALLAH kepada roh itu rangka jasad semula.

Alam Dunia dipersiapkan dalam rahim ibu dan dimulai dengan kelahiran.
Alam Barzakh dimulai dengan mati
Alam akhirat dimulai dengan qiamat, ketika manusia dibangkitkan dari mati.

Amalan dan perbuatan manusia yang menentukan kedudukan kita di akhirat...semoga kita tergolong di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, supaya penempatan kita di sana adalah di jannah..

Teringat kata-kata arwah Zalikah (yang diceritakan oleh angah) : " Raya Haji Tahun ni nak beraya di hotel 5 bintang " Tidak sangka rupa-rupaya hotel 5 bintang yang dimaksudkan adalah......"

Tahniah buat arwah Zalikah...sahabat yang baik...amat memahami...sentiasa memberi rangsangan semangat kepadaku agar istiqamah..seminggu sebelum kematiaanya arwah sempat hantar bungkusan T-shirt untuk aku jual ke UDM -Kusza..untuk dijual...kerana katanya : " Ika kan tak sihat mana..so ika sekarang cuba untuk design & jual T-shirt..Cuba usaha untuk beri sumbangan pada ISLAM ...dalam kapasiti yang ada..."

Itulah Zalikah..seorang yang kreatif...jarang memberi alasan...sentiasa memberi idea yang bernas..dan akulah yang kena susun ideanya...agar direalisasikan dengan lebih tersusun...

Dan kita yang masih hidup..ayuh kita buat persediaan...ke sana...
Wallahu 'alam

Sekadar Ingatan

Kita datang dari arah yang sama
Kita menuju matlamat yang sama
Di sini kita serupa
Kita menyuluh memperbaiki diri,
Dan berusaha mantapkan kehidupan..

Di dunia dan di akhirat..
Kita aset terpenting agama, bangsa, dan negara..
Kerana usaha kita..
Hari ini..di sini
Menentukan pencapaian hai esok..

Kembali kepada ajaran agama...
Masalah...Yang penting bukan besar atau kecil sesuatu masalah..tetapi bagaimana "PENERIMAAN HATI"...
Bagaimana ? Tajamkanlah hati dengan zikrullah..

Inilah pesanan Encik Shahril dalam program BIG..
'Knowledge is Power'...Membaca & membaca..

DPLI UDM KUSZA- Ambilan Julai 2009



Program Bina Insan Guru
25 Oktober 2009- 29 Oktober 2009
Pusat Ko, Bukit Kolam, Kuala Berang

Teruskan perjuangan, mantapkan ISTIQAMAH..KEMENANGAN untuk ISLAM, kemuliaan untuk PARA PEJUANGNYA !