"usahlah kita menangis kerana manusia...menangislah kerana kurangnya amalan kebaikan kita, kerana banyaknya dosa kita, menangislah kerana kelemahan iman dan kurangnya amal ibadah kita...menangislah...Allah Maha mendengar..Air matamu akan menjadi penyejuk jiwa dan tatkala kau dicampak ke neraka lantaran dosa, air mata itulah membantu memadamkan api yang panas membara, insyaAllah..."
Jumaat 13 November 2009 / 25 Zulkaedah 1430 H
Sahabat baikku Nurul Zalikah Mohd Zan kembali ke rahmatullah lebih kurang 2.15pm selepas Jumaat...Selamat dikebumikan selepas Magrib..Arwah merupakan sahabat yang sama aktif dalam PMIUM terutama dalam gerakan mahasiswi UM dan politik kampus (siyasah)... alhamdulillah..beliau berjaya dengan husnul khatimah..kita bagaimana? Adakah sudah bersedia?.. "

Benarlah peringatan terbaik buat kita adalah dengan mengingati mati. Cuba buka dalam buku 'MANUSIA DAN ISLAM' - Jilid 3 (Ust Haron Din), BAB X : Manusia Ke Mana Akhirnya. Antaranya dinyatakan :
Kenapa roh itu keluar ?
Kerana ia dicabut oleh Izrail, malaikat yang bertugas mencabut nyawa makhluk.
Kenapa dicabutnya ?
Kerana ia diperintahkan ALLAH S.W.T
"Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."
(An Nisa' AYAT 78)
"Allah (yang menguasai segala-galanya). Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya - jiwa orang-orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya, kemudian Dia menahan jiwa orang yang ditetapkanNYA matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain ( ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan"
(Az Zumar AYAT 42)
Kewujudan manusia mengalami 3 masa;
1. ALAM DUNIA - ketika ruh dan badan terjalin membentuk kesatuan, mengalami kehidupan jasmaniah dan ruhaniah, jasad sebagai alat roh dalam kehidupan di alam material.
2. Melalui pintu mati manusia memasuki alam barzakh, masa ia mengambil kehidupan ruhaniah sahaja, kerana jasadnya lebur menjadi tanah.
3. Melalui kiamat, manusia dibangkitkan dengan diberikan oleh ALLAH kepada roh itu rangka jasad semula.
Alam Dunia dipersiapkan dalam rahim ibu dan dimulai dengan kelahiran.
Alam Barzakh dimulai dengan mati
Alam akhirat dimulai dengan qiamat, ketika manusia dibangkitkan dari mati.
Amalan dan perbuatan manusia yang menentukan kedudukan kita di akhirat...semoga kita tergolong di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, supaya penempatan kita di sana adalah di jannah..
Teringat kata-kata arwah Zalikah (yang diceritakan oleh angah) : " Raya Haji Tahun ni nak beraya di hotel 5 bintang " Tidak sangka rupa-rupaya hotel 5 bintang yang dimaksudkan adalah......"
Tahniah buat arwah Zalikah...sahabat yang baik...amat memahami...sentiasa memberi rangsangan semangat kepadaku agar istiqamah..seminggu sebelum kematiaanya arwah sempat hantar bungkusan T-shirt untuk aku jual ke UDM -Kusza..untuk dijual...kerana katanya : " Ika kan tak sihat mana..so ika sekarang cuba untuk design & jual T-shirt..Cuba usaha untuk beri sumbangan pada ISLAM ...dalam kapasiti yang ada..."
Itulah Zalikah..seorang yang kreatif...jarang memberi alasan...sentiasa memberi idea yang bernas..dan akulah yang kena susun ideanya...agar direalisasikan dengan lebih tersusun...
Dan kita yang masih hidup..ayuh kita buat persediaan...ke sana...
Wallahu 'alam

No comments:
Post a Comment