assalamualaikum

Tuesday, June 23, 2009

Tuesday, March 31, 2009

Ringkasan buku-indhibat

INDHIBAT (Disiplin)

Kepentingan indhibat :

  • Indhibat dalam meletakkan amil pada tugasan yang sesuai akan memperelokkan perjalanan tanzim dan membolehkan matlamat dicapai
  • indhibat dalam menjaga waktu akan mengelakkan kelewatan.
  • Mencurahkan tenaga: mengelakkan daripada dirinya perlu diselia, ditolong dan diganti oleh orang lain. Ini akan mengelakkan pertindihan kerja
  • indhibat dalam memilih jalan kerja yang sesuai akan menjimatkan tenaga dan harta.
Pengertian indhibat (Kalimah yg serupa dengannya)

  • "iltizam"-berpegang kepada prinsip tertentu. Indhibat pula menunjukkan penentuan perlakuan individu.
  • "Dhabtu"-(ketepatan) -sikap amil yang memaksa dirinya untuk bekerja.
  • Istilah syara' yang khusus yang hampir menyamai makna indhibat ialah 'taat' - penerimaan dalaman amil terhadap kerjanya. Manakala indhibat hanyalah menunjukkan ketaatan luaran sahaja.
  • "thabat"- (tetap teguh) juga hampir kepada makna indhibat.
APA TAKRIF INDHIBAT YANG TEPAT ???

Indhibat ialah kehampiran seseorang individu dalam melaksanakan komponen kerja yang dituntut daripadanya sekadar termampu SECARA TEPAT dengan syarat perlaksanaan kerja itu berlaku di dalam waktu yang ditetapkan dan kerja tersebut merupakan sebahagian daripada perlaksaan menyeluruh kepada sesuatu kerja. Disyaratkan juga agar tugas itu tidak datang secara paksaan yang keras kecuali jika perlaksanaan kerja di atas tidak berlaku kerana tersalah , terlupa dan kerana paksaan agar tidak dilaksanakan pekerjaan itu.

  • "kehampiran" (muqarabah) -berusaha sedaya upaya melaksanakan kerjanya secara sempurna.
  • "komponen kerja" - juzuk-juzuk kerja yang jelas jalannya.
  • "dituntut dengannya secara tepat" -orang yang disuruh melakukan kerja tidak boleh berijtihad ketika berhadapan dengan nas arahan orang yang menyeluruh.
  • "dalam waktu yang ditetapkan" -laksanakan kerja dalam waktunya.
  • "kerja tersebut merupakan sebahagian daripada perlaksanaan menyeluruh kepada sesuatu kerja"- perlaksanaan itu hendaklah dalam lingkungan pemeliharaan terhadap kerja-kerja yang lain.
  • "tidak datang dari paksaan yang keras" - sedikit paksaan yang munasabah adalah diperlukan untuk mendorong pekerja melaksanakan tugasnya, tetapi kalau terlalu keras, ketua akan menjadi diktaktor yang menyebabkan orang lari darinya atau memberontak.
  • "kecuali jika perlaksanaan kerja itu tidak berlaku kerana tersalah, terlupa dan kerana paksaan agar tidak dilaksanakan kerja itu.
ELEMEN-ELEMEN INDHIBAT :
indhibat memerlukan BAI'AH seseorang yang mempunyai keyakinan diri terhadap matlamat yang mahal yang memerlukan indhibat :

Antara elemen indhibat ialah :
-Islam, Islam, Ihsan, Bai'ah, yakin dengan diri sendiri, matlamat yang berharga, sumpah, mendengar dan taat kepada amir, bersabar terhadap ranjau-ranjau perjalanan, sabar adalah anak keazaman, Teladan (Model) yang baik, menjauhkan diri drpd mereka yang gugur dari jalan dakwah, Taubat.

Hubungan INDHIBAT secara umum kepada INDIVIDU :
  • Hubungan indhibat dengan wala' (taat setia)- seseorang akan menjadi mundhabit bersama ketua yang disokongnya tetapi akan meruntuhkan indhibat terhadap 'musuh'.
  • Hubungan indhibat dengan sifat beragama- indhibat berada dalam lingkungan sistem Allah yang dijamin kebenaranya. Ia juga adalah untuk kebaikan individu sebagai seorang individu.
  • Indhibat bergantung kepada KEKUATAN DALAMAN individu -pendorong dalaman seseorang muslim ialah:-
1) pertemuan dengan Tuhannya
2) Rasulullah akan melihat amalannya bertepatan dengan risalahnya atau
tidak
3) dorongan waqi' (realiti) iaitu supaya orang mukmin melihatnya (contoh
teladan)

SIFAT-SIFAT ISLAMIYYAH YANG MENUNJUKKAN KEPADA INDHIBAT :
  • Mengasihi orang-orang Islam
  • Berjumpa saudara kamu dengan wajah yang manis
  • menasihati mereka
  • berlemah lembut terhadap mereka
  • menunaikan janji dengan mereka
  • menghormati mereka
  • mendahulukan mereka dari diri sendiri (i thar)
  • berdoa untuk mereka semasa sunyi (tidak dihadapan mereka)
  • benar
  • menjaga rahsia mereka
  • tawadhu'
  • memudahkan ke atas mereka
  • tidak menginginkan apa yang ada pada mereka
MARI KITA MENINGKATKAN INDHIBAT
Cara meningkatkan indhibat :
  1. KEFAHAMAN- AL FAHMU
-tingkatkan kefahaman kita tentang Islam, proses tarbiyyah ini perlu
berlaku setiap hari bukan sekali seumur hidup.
-sebagaimana Iman Hassan al Banna juga amat mementingkan al
Fahmu dalam Usul 20 nya.


2. DOA
-jalan utama meningkatkan indhibat
-Ta'alluk billah (kebergantungan kepada Allah), meletakkan hubungan
dengan Allah sebagai sumber kekuatan.

3. Menghayati matlamat agung
Firman Allah, atTaubah, 111-112

4. Membaiki kecacatan
- menguatkan indhibatnya serta membaiki kecacatan
- mengikut jejak langkah orang yang indhibat.

5. Menerima pengawasan dari orang lain
- berindhibat menurut prinsip ihsan
- sanggup menerima pangawasan saudaranya tanpa ada perasaan sensitif

6. Menjauhi perkara-perkara syubhat

(dipetik dari buku indhibat)

Sunday, March 29, 2009

Pesan Terakhir

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966

Wednesday, March 25, 2009

Gantung Permit






Penggantungan permit Harakah & Suara Keadilan berkuatkuasa 23 Mac 2009 sudah tentu mengundang reaksi dari pelbagai pihak. Rata-rata melihat penggantungan ini amat tidak adil dan harus ditarik balik serta merta.



Friday, July 11, 2008

UKHUWAH YANG ABSTRAK

UKHUWAH itu ABSTRAK.hanya yang menghayati akan terkesan di hati..TAMRIN sama sekali tidak sama dengan realiti...kerana kehidupan sebenar lebih sukar..

Ya dalam kita menyatakan ukhuwah..jarang kita koreksi diri sejauh mana kita bertindak dalam melaksanakan tuntutan ukhuwah..Ia sama sekali bukan satu pilihan tapi satu tanggungjawab.
Atau kadang-kadang kita sudah hilang rasa kepedulian, hilang sikap untuk ambil tahu atau ambil rasa tanggungjawab? ?? kadang2 kita ada usaha untuk ambil tahu..tapi sekadar amik tahu tetapi tidak rasa jatuh ke pundak untuk amik rasa tanggungjawab..masalah sahabat sekadar menjadi laluan ke koklea telinga ibarat lintasan angin..tidak masuk ke hati & perhatian aqal..sekurang-kurangnya tidak mampu bantu..doa supaya urusan sahabat-sahabat kita dipermudah, diperkuat dalam menghadapi ujian hidup perlu kita lazimi dan pasak dalam jiwa dan minda..term2 seperti sense of belonging & concern perlu kita praktikkan dalam jamaah .kerana gelombang yang diharapkan hanya akan tercetus dgn implemen yang sebenar..bagaimana ? masing2 ana yaqin ada cara tersendiri untuk implemen rasa kepedulian kita walaupun kadang-kadang tidak terzahir pada pandangan manusia tapi ckuplah penzahiran itu pada pengetahuan ALLAH ...

ERTI mencukupi keperluan sahabat mengikut Buku Virus-Virus ukhuwah (Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah), adalah samaada secara moral mahupun material. Keperluan-keperluan tersebut sangat variatif. Orang bijak adalah yang jika mengetahui keadaan dan keperluan sahabatnya, ia akan segera menolong dan meringankan bebannya. Perbuatan tersebut menjadi ibadah yang mendekatkan dirinya kepada Allah, serta menambah pahala yang sangat besar, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadith dalam ash- Shahihain, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang Mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorangMuslim, nescaya Allah menutupi aibnya pada hari kiamat. ""cukupilah keperluan-keperluan saudaramu semampu yang kau lakukan..

Jadilah penawar duka sahabatmu itu sesungguhnya hari paling berharga bagi seseorang adalah ketika ia mampu mencukupi keperluan-keperluan sahabatnya . Salah satu petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam terdapat dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar radhiuallahu 'anhu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain, dan perbuatan yang paling disukai oleh Allah adalah kebahagiaan yang engkau berikan kepada seorang Muslim, atau menolong sebagian kesusahannya, atau melunasi hutangnya, atau menghilangkan rasa laparnya. Bepergian dengan seorang sahabat dengan tujuan mencukupi keperluannya adalah lebih kusukai daripada beri'tikaf di dalam masjid ini (Masjid Nabawi) selama satu bulan penuh."

Wallahu'alam