UKHUWAH itu ABSTRAK.hanya yang menghayati akan terkesan di hati..TAMRIN sama sekali tidak sama dengan realiti...kerana kehidupan sebenar lebih sukar..
Ya dalam kita menyatakan ukhuwah..jarang kita koreksi diri sejauh mana kita bertindak dalam melaksanakan tuntutan ukhuwah..Ia sama sekali bukan satu pilihan tapi satu tanggungjawab.
Atau kadang-kadang kita sudah hilang rasa kepedulian, hilang sikap untuk ambil tahu atau ambil rasa tanggungjawab? ?? kadang2 kita ada usaha untuk ambil tahu..tapi sekadar amik tahu tetapi tidak rasa jatuh ke pundak untuk amik rasa tanggungjawab..masalah sahabat sekadar menjadi laluan ke koklea telinga ibarat lintasan angin..tidak masuk ke hati & perhatian aqal..sekurang-kurangnya tidak mampu bantu..doa supaya urusan sahabat-sahabat kita dipermudah, diperkuat dalam menghadapi ujian hidup perlu kita lazimi dan pasak dalam jiwa dan minda..term2 seperti sense of belonging & concern perlu kita praktikkan dalam jamaah .kerana gelombang yang diharapkan hanya akan tercetus dgn implemen yang sebenar..bagaimana ? masing2 ana yaqin ada cara tersendiri untuk implemen rasa kepedulian kita walaupun kadang-kadang tidak terzahir pada pandangan manusia tapi ckuplah penzahiran itu pada pengetahuan ALLAH ...
ERTI mencukupi keperluan sahabat mengikut Buku Virus-Virus ukhuwah (Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah), adalah samaada secara moral mahupun material. Keperluan-keperluan tersebut sangat variatif. Orang bijak adalah yang jika mengetahui keadaan dan keperluan sahabatnya, ia akan segera menolong dan meringankan bebannya. Perbuatan tersebut menjadi ibadah yang mendekatkan dirinya kepada Allah, serta menambah pahala yang sangat besar, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadith dalam ash- Shahihain, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang Mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorangMuslim, nescaya Allah menutupi aibnya pada hari kiamat. ""cukupilah keperluan-keperluan saudaramu semampu yang kau lakukan..
Jadilah penawar duka sahabatmu itu sesungguhnya hari paling berharga bagi seseorang adalah ketika ia mampu mencukupi keperluan-keperluan sahabatnya . Salah satu petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam terdapat dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar radhiuallahu 'anhu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain, dan perbuatan yang paling disukai oleh Allah adalah kebahagiaan yang engkau berikan kepada seorang Muslim, atau menolong sebagian kesusahannya, atau melunasi hutangnya, atau menghilangkan rasa laparnya. Bepergian dengan seorang sahabat dengan tujuan mencukupi keperluannya adalah lebih kusukai daripada beri'tikaf di dalam masjid ini (Masjid Nabawi) selama satu bulan penuh."
Wallahu'alam
Friday, July 11, 2008
Tuesday, May 20, 2008
Wanita & Tarbiyyah
Sesungguhnya untuk kembali menghayati Islam kita perlu kembali kepada proses awal Tarbiah (pendidikan) Islamiah yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W dibawah petunjuk Ilahi. Proses Tarbiah ini perlulah diikuti dalam pembentukan sebuah Ummah Islamiah (pegerakan Islam).Asas untuk memperbaiki Ummah ialah dengan memperbaiki usrah (keluarga) dan permulaan untuk memperbaiki usrah ialah dengan memperbaiki wanita.
Wanita disebut (mahaguru 'alam), mahaguru yang mula-mula sekali berperanan untuk mendidik generasi kita (atau mana-mana generasi sekali pun.) Wanita yang tangan kanannya menghayun buaian dan tangan kirinya bisa menggegarkan dunia. Sehingga ada pepatah mengatakan bahawa wanita itu sungguh mempengaruhi hidup manusia di mana seorang ibu itu memerlukan masa 20 tahun untuk mendidik anaknya tetapi seorang wanita jahat hanya memerlukan masa 20 saat untuk menjatuhkan seseorang.
Sebagai pendidik 'alam ini, setiap wanita Islam perlulah melalui proses Tarbiah Islamiah dan jika tidak terlaksana proses ini maka malanglah generasi Islam kerana mendapat didikan dari wanita-wanita yang tidak mempunyai persiapan Islam. Oleh itu wanita perlu memahami peranan mereka kerana kesannya amatlah mendalam yang mana ia mampu memperbaiki masyarakat sekiranya dihalakan kesana Oleh itu setiap daripada kita hendaklah memperbaiki diri dengan mendidik hati sanubari kita semoga mendapat asas untuk memperbaiki keluarga kita serta orang lain dengan Fikrah Islam. Sebenarnya wanita ini sungguh mendapat tempat yang mulia, ia sentiasa dihormati dan disanjung (tinggi oleh Islam. Pengurniaan taraf Wanita ini adalah sungguh tercatit dalam Al Quran dan As Sunnah Rasulullah S.A.W.
(al Mukminah Solehah)

Subscribe to:
Posts (Atom)